APMM Patah Cubaan Seludup Arak Dan Minyak Petrol Ke Negara Jiran PDF Cetak E-mail
Isnin, 08 Februari 2010 16:30

LANGKAWI, 7 Feb (Bernama) -- Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Langkawi berjaya mematah percubaan menyeludup arak dan minyak petrol ke Satun, dari sebuah bot penumpang dalam perjalanan menghantar pelancong ke Thailand di lokasi 3.3 batu knot dari barat Pulau Rebak Besar Langkawi pada Sabtu.


Ketua Penguatkuasa Wilayah Utara APMM Laksamana pertama maritim Zulkifli Abu Bakar berkata kejayaan itu adalah hasil rondaan bot APMM diketuai Bintara muda maritim Masrun Hamizan bersama lima anggota.

Hasil pemeriksaan, APMM menemui 420 liter minyak petrol bersama 53 botol arak pelbagai jenis yang disembunyi di bawah tempat duduk penumpang, katanya dalam kenyataan media di sini.

Nilai rampasan minyak petrol sebanyak RM1,176 manakala bagi 53 botol arak adalah RM5,467.79 termasuk duti eksais Kastam.

Katanya, tujuh krew bot penumpang bersama 22 pelancong dalam bot berkenaan dibawa ke Jeti Perikanan Bukit Malut di sini untuk siasatan lanjut.

Kesalahan ini boleh didakwa di bawah Akta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan sekyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Akta Kastam di bawah sekyen 135 (1)(e) 1967.

-- BERNAMA

 

 

Talian 24 Jam

Tel : +603 8943 4001
Fax : +603 8941 4527

Untuk sebarang laporan insiden jenayah atau kemalangan di Perairan Malaysia

Carian

mysmsbaru

webbutton_ptk

Senarai Hospital Yang Menggunakan "Online GL"

Himpunan Keratan Akhbar Berkenaan NKRA Garis Panduan Pelaksanaan Blog Bagi Agensi Perkhidmatan Awam

Majalah Satria Maritim Edisi Kedua 2009

ucapan_PM3

silverlight3

FlashPlayer

 

 

 

Jumlah pengunjung bermula dari :
09 Februari 2006

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini1144
mod_vvisit_counterJumlah Keseluruhan2931091

Staf Perhubungan Awam APMM Sahaja



msc
Penafian|Dasar Privasi|Dasar Keselamatan|Peta Laman

AGENSI PENGUATKUASAAN MARITIM MALAYSIA, JABATAN PERDANA MENTERI, TINGKAT 4-11, ONE IOI SQUARE,IOI RESORT, 62502 PUTRAJAYA.
No Tel : 603-89957000 | No Fax : 603-89414000

Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer versi 7.0 dengan resolusi 1024 x 768.
Hakcipta Terpelihara 2009 Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia | Laman Web ini diselenggara oleh : Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia*