APMM Patahkan Cubaan Penyeludupan Rokok Keretek PDF Cetak E-mail
Khamis, 04 Februari 2010 23:38

Kuala Linggi 3 Feb – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia berpangkalan di Kuala Linggi telah mematahkan cubaan menyeludup rokok keretek ke Negara ini di perairan Kuala Sepang Besar.

Ketua Penguat Kuasa Maritim Daerah Kuala Linggi, Kepten Maritim Ibrahim Mohamed, berkata pada 3 Feb, bot laju APMM yang berpangkalan di Daerah Maritim Kuala LInggi telah membuat rondaan di perairan Selat Melaka. Lebih kurang pada jam 10.00 malam, bot laju APMM telah mengesan sebuah bot yang mencurigakan di posisi lebih kurang 9.8 batu nautika dari pantai Kuala Sepang Besar. Apabila cuba dihampiri bot pancung tersebut telah melarikan diri dengan kelajuan laju.

Kejar mengejar telah berlaku di mana bot pancung yang dikejar telah menuju kea rah daratan berhampiran Kuala Sungai Besar. Setelah hampir setengah jam kejar mengejar berlaku lebih kurang jam 10.30 malam, bot laju APMM telah menemui bot pancong tersebut yang telah ditinggalkan tidak jauh dari muara Sungai Sepang Besar. Pemandu bot pancung yang dipercayai bersama seorang pembantu telah terjun dan melarikan diri ke hutan paya bakau berhampiran. Setelah diperiksa bot tersebut didapati membawa beberapa karung berisi rokok.

Bot pancung tersebut yang menggunakan satu enjin sangkut Mercury 90 kuasa kuda dengan muatan 2,180 karton keretek pelbagai jenis bernilai lebih kurang RM188,739.20 termasuk cukai dan duti import.

Ini merupakan rampasan pertama melibatkan barangan rokok di seludup oleh Daerah Maritim Kuala Linggi bagi tahun ini. Usaha-usaha untuk membenteras aktiviti penyeludupan sentiasa dilaksanakan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM). Maklumat dari orang ramai untuk membenteras aktiviti penyeludupan adalah sangat diharapkan oleh APMM.

3_Feb_2010_Tangkapan_Rokok_Kilat_45_Linggi_1 3_Feb_2010_Tangkapan_Rokok_Kilat_45_Linggi_2
4_Feb_2010_Tangkapan_Kilat_45_Linggi 3_Feb_2010_Tangkapan_Rokok_Kilat_45_Linggi

Sumber : Staf Perhubungan Awam Daerah Maritim Linggi

LK (M) Abdul Manan bin Sabtu

 


 

LAST_UPDATED2
 

Talian 24 Jam

Tel : +603 8943 4001
Fax : +603 8941 4527

Untuk sebarang laporan insiden jenayah atau kemalangan di Perairan Malaysia

Carian

mysmsbaru

webbutton_ptk

Senarai Hospital Yang Menggunakan "Online GL"

Himpunan Keratan Akhbar Berkenaan NKRA Garis Panduan Pelaksanaan Blog Bagi Agensi Perkhidmatan Awam

Majalah Satria Maritim Edisi Kedua 2009

ucapan_PM3

silverlight3

FlashPlayer

 

 

 

Jumlah pengunjung bermula dari :
09 Februari 2006

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini1143
mod_vvisit_counterJumlah Keseluruhan2931089

Staf Perhubungan Awam APMM Sahaja



msc
Penafian|Dasar Privasi|Dasar Keselamatan|Peta Laman

AGENSI PENGUATKUASAAN MARITIM MALAYSIA, JABATAN PERDANA MENTERI, TINGKAT 4-11, ONE IOI SQUARE,IOI RESORT, 62502 PUTRAJAYA.
No Tel : 603-89957000 | No Fax : 603-89414000

Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer versi 7.0 dengan resolusi 1024 x 768.
Hakcipta Terpelihara 2009 Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia | Laman Web ini diselenggara oleh : Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia*