|
Khamis, 04 Februari 2010 01:23 |
|
KEMAMAN, 3 Feb; Pada 2 Feb 2010 jam lebih kurang 11.00 pagi, KM LANG yang sedang melakukan rondaan telah berjaya mengesan dua buah Bot Nelayan Asing yang sedang menjalani aktiviti menangkap ikan di Perairan Pelantar Minyak Malong, pada jarak lebih kurang 95 batu nautika dari Kuantan.
Hasil pemeriksaan ke atas vesel tersebut yang bernombor KG91530TS didapati terdapat 21 Orang Kru termasuk tekong bot dan KG91529TS bersama 5 orang kru termasuk tekong bot Warga Negara Vietnam yang berumur 16 hingga 40 tahun dan tidak mempunyai sebarang lesen dan permit yang sah dari Ketua Pengarah Perikanan, untuk menangkap ikan di Perairan Perikanan Malaysia. Hasil rampasan ikan dianggarkan 4000kg dan 10000 liter minyak diesel.
Kesemua mereka ditahan dan dibawa ke Jeti Geliga Slipway, Kemaman, untuk disiasat dan didakwa di bawah seksyen 15(1)(a) Akta Perikanan Malaysia 1985, sekiranya disabitkan kesalahan boleh dikenakan denda sehingga 1juta bagi Tekong dengan penjara sehingga 6 bulan manakala denda sehingga 100 ribu bagi awak-awak dengan penjara sehingga 6 bulan.
Oleh : BM Maritim Fairul Sumber : Staf Perhubungan Awam WILTIM
|