|
Rabu, 03 Februari 2010 21:13 |
|
Lahad Datu, 3 Feb . APMM Pangkalan Lahad Datu telah menahan 2 buah bot pancung dan 3 buah bot jongkong dalam Operasi Sejahtera di kawasan Perairan Lahad Datu semalam. Penahanan tersebut dilakukan oleh Bot Kilat 24 yang diketuai oleh LK (M) Mohd Nazry bin Abdullah bersama 6 anggota ketika melakukan rondaan di kawasan perairan tersebut.
Dalam pemeriksaan tersebut didapati 3 awak-awak tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri dan 13 lagi awak-awak mempunyai pengenalan diri yang meragukan. Kesemua 16 awak-awak yang disyaki Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) beserta bot ditahan untuk siasatan lanjut oleh Pegawai Penyiasat APMM dan kes disiasat di bawah Akta Imigresen 1963.
Bot Kilat 24 yang asalnya beroperasi di Daerah Maritim Sandakan telah ditukarkan ke Pangkalan Maritim Lahad Datu pada 4 Jan 2010 memandangkan Pangkalan Maritim Lahad Datu baru sahaja dibuka. Penempatan bot Kilat 24 di Pangkalan Maritim Lahad Datu banyak memberi kesan kerana tangkapan demi tangkapan dibuat atas pelbagai kesalahan. Dijangkakan, kewujudan APMM di Perairan Lahad Datu akan dapat membendung kebanjiran Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) dan penyeludupan bagi menjadikan Perairan Lahad Datu bebas dari (PATI) dan penyeludupan.
Sumber Maklumat : LK II (M) Mohd Hafizul bin Abu Bakar
Staf Perhubungan Awam : Sandakan WILSAB
|
|
LAST_UPDATED2 |