|
Khamis, 03 Disember 2009 03:29 |
|
LANGKAWI, 2 Dis - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) bercadang membina pangkalan di Kota Kinabalu dan di Klang untuk menempatkan asetnya dan meningkatkan operasi agensi itu.
Ketua Pengarah APMM Laksamana Datuk Mohd Amdan Kurish berkata dua pangkalan itu diberi keutamaan untuk menempatkan aset APMM seperti helikopter untuk tugas operasi mencari dan menyelamat.
"APMM telah mengenal pasti tempat sesuai," katanya kepada pemberita selepas menyaksikan demonstrasi APMM sempena Pameran Maritim dan Udara Antarabangsa Langkawi (LIMA 2009) di Awana Porto Malai di sini Rabu.
Beliau berkata APMM akan mengemukakan permohonan pembinaan pangkalan itu di bawah Rancangan Malaysia ke-10.
Katanya APMM juga bercadang membina pangkalan di Langkawi, Pulau Pinang, Batu Pahat, Johor Baharu, Kelantan, Kuala Terengganu, Sabah dan Sarawak pada masa depan.
Sumber: BERNAMA
|
|
LAST_UPDATED2 |