Artikel Pelayaran PDF Cetak E-mail

Maritim Malaysia merupakan Agensi Penguatkuasa yang utama untuk melaksanakan undang-undang maritim negara serta mengkoordinasi operasi mencari dan menyelamat di Zon Maritim Malaysia yang meliputi keluasan 64,000 km persegi, sesuai dengan tanggungjawab dan fungsi Maritim Malaysia dalam pelaksanaan misinya iaitu €œuntuk menjaga dan memelihara keselamatan, keamanan dan kedaulatan negara di Zon Maritim Malaysia serta menyelamat nyawa dan harta benda semasa kecemasan di laut. € Isu keselamatan pelayaran, rompakan di laut, penyeludupan, pendatang tanpa izin dan aktiviti jenayah yang lain yang melanggar undang-undang maritim akan menggugat kedaulatan, keselamatan dan kesejahteraan perairan negara.

Rondaan operasi penguatkuasaan maritim dilaksanakan secara berterusan oleh aset-aset Maritim Malaysia seperti kapal, bot dan pesawat udara di Zon Maritim Negara. Di samping itu, aset-aset Maritim Malaysia di setiap 5 Wilayah sentiasa diletakkan di dalam siap sedia untuk diaturgerak dalam operasi mencari dan menyelamat di Zon Maritim Malaysia dan laut lepas. Rondaan operasi penguatkuasaan yang dilaksanakan adalah seperti berikut:


1.Operasi Satria Utara - Sekurang-kurangnya dua buah vesel Maritim Malaysia sentiasa berada di laut melaksanakan rondaan di utara perairan Selat Melaka iaitu daripada perairan Sungai Bernam hingga ke utara perairan di sempadan Negara dengan Thailand.


2.Operasi Satria Selatan - Sekurang-kurangnya dua buah vesel Maritim Malaysia sentiasa berada di laut melaksanakan rondaan di selatan perairan Selat Melaka iaitu daripada perairan Sungai Bernam hingga ke selatan perairan sempadan Negara dengan Singapura.


3.Operasi Perkasa Selatan - Sekurang-kurangnya dua buah vesel Maritim Malaysia sentiasa berada di laut melaksanakan rondaan di selatan perairan Laut China Selatan iaitu daripada selatan perairan Pulau Tioman hingga ke selatan di perairan sempadan Negara dengan Singapura.


4.Operasi Perkasa Timur - Sekurang-kurangnya dua buah vesel Maritim Malaysia sentiasa berada di laut melaksanakan rondaan di perairan Laut China Selatan iaitu daripada selatan perairan Pulau Tioman hingga ke utara di perairan sempadan Negara dengan Thailand.


5.Operasi Permai - Sekurang-kurangnya dua buah vesel Maritim Malaysia sentiasa berada di laut melaksanakan rondaan di perairan Sarawak iaitu daripada perairan Tanjung Datu hingga ke utara melipiti Laut China Selatan ke persempadanan zon ekonomi eksklusif negara.


6.Operasi Sejahtera - Sekurang-kurangnya dua buah vesel Maritim Malaysia sentiasa berada di laut melaksanakan rondaan di perairan Sabah iaitu daripada perairan Laut China Selatan, Laut Sulu hingga perairan Laut Sulawesi di sempadan Negara dengan Indonesia dan Filipina.


7.Operasi Pengawasan Maritim - Pesawat udara Maritim Malaysia yang terdiri daripada helikopter dan kapalterbang akan melaksanakan rondaan pengawasan udara di ruang udara perairan Negara di samping siap sedia untuk tugas operasi mencari dan menyelamat.

 

 

Talian 24 Jam

Tel : +603 8943 4001
Fax : +603 8941 4527

Untuk sebarang laporan insiden jenayah atau kemalangan di Perairan Malaysia

Carian

mysmsbaru

webbutton_ptk

Senarai Hospital Yang Menggunakan "Online GL"

Himpunan Keratan Akhbar Berkenaan NKRA Garis Panduan Pelaksanaan Blog Bagi Agensi Perkhidmatan Awam

Majalah Satria Maritim Edisi Kedua 2009

ucapan_PM3

silverlight3

FlashPlayer

 

 

 

Jumlah pengunjung bermula dari :
09 Februari 2006

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini542
mod_vvisit_counterJumlah Keseluruhan2929204

Staf Perhubungan Awam APMM Sahaja



msc
Penafian|Dasar Privasi|Dasar Keselamatan|Peta Laman

AGENSI PENGUATKUASAAN MARITIM MALAYSIA, JABATAN PERDANA MENTERI, TINGKAT 4-11, ONE IOI SQUARE,IOI RESORT, 62502 PUTRAJAYA.
No Tel : 603-89957000 | No Fax : 603-89414000

Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer versi 7.0 dengan resolusi 1024 x 768.
Hakcipta Terpelihara 2009 Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia | Laman Web ini diselenggara oleh : Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia*