|
Selasa, 09 Februari 2010 20:31 |
|
Johor Bahru 9 Feb – Sebagai usaha untuk memastikan semua pegawai berada ditahap memuaskan, Kerajaan melalui Surat Perkeliling Perkhidmatan Bil. 3 Tahun 2003 Pegawai Perkhidmatan Awam yang berumur 40 tahun dan ke atas digalakkan melakukan pemeriksaan kesihatan dari masa ke semasa.
Pegawai kesihatan yang diketuai Dr. Shamsul Maali bersama lapan jururawat melakukan pemeriksaan seperti pemeriksaan tekanan darah, mengambil sampel darah, berat badan dan tinggi untuk mengetahui tahap kesihatan setiap pegawai dan anggota.
Seramai 58 pegawai dan anggota Wilayah Selatan yang berpangkalan di Johor Bahru, Mersing dan Batu Pahat telah hadir bagi melakukan pemeriksaan tersebut.
Sumber : Staf Perhubungan Awam Wilsel LK I (M) Mohd Sahrunizam bin Mohd Husin
|