|
Isnin, 08 Februari 2010 16:58 |
|
KUANTAN, 4 Feb; Ketua Penguatkuasa Maritim Wilayah Timur, Laksma Maritim Dato’ Ismail bin Hamzah telah menyampaikan cek Khairat Kematian Allahyarham LK Maritim Jabarul Bin Muhamad kepada Balunya, Puan Norsahiza binti Ibrahim di rumah beliau di Felda Chini Timur Satu, Pekan, Pahang.
Disamping penyerahan cek, lawatan ini juga bertujuan untuk bertanya khabar dan memberi sedikit sumbangan dari pejabat Wilayah Maritim Timur. Balu Allahyarham mengucapkan terima kasih dengan segala bantuan dan sumbangan yang telah diberikan. Beliau berasa amat terharu dengan kunjungan dari Maritim Malaysia.
Sesiapa yang ingin menghulurkan sumbangan kepada balu Allahyarham LK Maritim Jabarul Bin Muhamad, Puan Norsahiza melalui akaun bank CIMB no. akaun: 13060002096209.
Staf Perhubungan Awam WILTIM BM Maritim Fairul.
|