| 1. |
Burung Helang melambangkan keadaan agensi yang sentiasa awas dengan penglihatan yang tajam dan kesiapsiagaan agensi yang sentiasa sedia untukbertindak segera dalam membantu, menyelamat dan menguatkuasakan undang-undang negara di perairan Negara. |
| 2. |
Pedang Bugis melambangkan kepahlawanan dan kekuatan agensi seperti yang telah ditunjukkan oleh orang keturunan Bugis dalam sejarah Malaysia yang juga dikenali sebagai pelaut termasyhur di rantau ini. |
3.
|
Lambang sauh melambangkan bahawa aktiviti utama agensi ini adalah berkaitan dengan penugasan di perairan Negara. |
| 4. |
Perkataan MARITIM MALAYSIA ditempatkan di dalam scroll yang membawa makna bahawa agensi ini adalah satu organisasi yang terdiri daripada anggota yang terlatih dan professional. |
| 5. |
Bentuk tali jut, tali ini yang membentuk bulatan melambangkan kekuatan ikatan perpaduan dan kekukuhan perhubungan antara semua pangkat dan peringkat dalam agensi ini. |
| 6. |
Warna merah melambangkan semangat waja pegawai agensi dalam menjalankan tugas. |
| 7. |
Warna biru melambangkan keutuhan rohani pegawai agensi dan sifat cintakan laut. |