






![]() | Today | 1570 |
![]() | Yesterday | 10743 |
![]() | This Week | 20149 |
![]() | Last Week | 71949 |
![]() | This Month | 59416 |
![]() | Last Month | 352234 |
![]() | All | 1881849 |
Latihan Kecemasan Tumpahan Minyak Malaysia-Singapura Berjaya
JOHOR BAHRU 2 April - Latihan kecemasan bersama antara Malaysia dan Singapura menerusi Pelan Latihan Kecemasan Tumpahan Minyak LinKedua 2007 di sini hari ini mencapai matlamat apabila mengatasi situasi kemalangan tidak sampai 26 minit.
Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor, Dr. Zulkifli Abd. Rahman berkata, dalam latihan kira-kira pukul 10.10 pagi itu menyaksikan situasi tumpahan minyak diatasi dengan kerjasama pasukan kedua-dua buah negara itu.
"Latihan itu disertai 170 anggota dari 14 agensi Malaysia dan 10 agensi Singapura.
"Ia diadakan sebagai langkah persediaan bagi menghadapi kemalangan atau bencana yang melibatkan tumpahan bahan kimia di sempadan Malaysia-Singapura," katanya kepada pemberita di LinKedua selepas latihan (MSJCE) di sini hari ini.
Zulkifli berkata, latihan kecemasan itu juga berjaya meningkatkan kerjasama dan hubungan baik dan komunikasi antara Malaysia dan Singapura.
Menurutnya, latihan itu adalah kali keenam diadakan dan ia merupakan giliran Singapura pula untuk menganjurkannya selepas Malaysia pada tahun sebelumnya.
Katanya, agensi yang terlibat ialah Jabatan Alam Sekitar Johor, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Laut Wilayah Selatan, Majlis Keselamatan Negara, Linkedua, Jabatan Kimia, Jabatan Imigresen.
Tambahnya, agensi lain yang terlibat ialah Jabatan Pertahanan Awam, Jabatan Kastam dan Eksais Diraja Malaysia, Jabatan Kesihatan dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).
Dalam situasi latihan kemalangan itu, lima tong minyak pelincir terjatuh dari sebuah lori nyaris menyebabkan sebuah motosikal bertembung dengan sebuah lori tangki dengan muatan 20 tan metrik asid sulfurik di Singapura Tuas Checkpoint.
Motosikal itu pada mulanya mengekori lori tersebut manakala lori tangki pula menuju arah bertentangan iaitu ke arah Singapura.
Lima daripada 40 tong minyak pelincir terjatuh dari lori itu malah tiga daripadanya terhumban ke laut menyebabkan motosikal tergelincir menuju ke arah lori tangki tersebut.
Justeru, pemandu lori tangki cuba mengelak daripada berlanggar dengan motosikal namun terlanggar pembahagi jalan.
Ekoran kejadian itu, penunggang motosikal cedera parah dan asap keluar dari lori tersebut.
| < Prev | Next > |
|---|









