






![]() | Today | 1789 |
![]() | Yesterday | 10743 |
![]() | This Week | 20368 |
![]() | Last Week | 71949 |
![]() | This Month | 59635 |
![]() | Last Month | 352234 |
![]() | All | 1882068 |
Perjumpaan Ketua Pengarah Dengan Pelatih Kursus LK II Maritim Siri 5-2008
KUANTAN,16 Feb - Ketua Pengarah Maritim Malaysia Laksamana Datuk Mohd Amdan bin Kurish telah meluangkan masa untuk membuat perjumpaan dengan pelatih Laskar Kelas II Maritim Siri 5-2008 di Pusat Latihan Maritim, Kuantan.
Tujuan perjumpaan ini diadakan ialah untuk Ketua Pengarah menyampaikan amanat ataupun mandat sebelum anggota pelatih menjalani Latihan Sambil Kerja (LSK). Pelatih LK II Mariitm Siri 5-2008 terdiri daripada 186 lelaki dan 8 wanita. Pelatih dijangka akan menamatkan latihan di Pusat latihan pada 11 Mei 2009 dan seterusnya menjalani LSK selama 3 bulan di kapal, unit atau pangkalan.
YBhg Ketua Pengarah mengingatkan beberapa perkara yang perlu dititikberatkan oleh setiap anggota seperti tahap disiplin, sikap jujur dan amanah, bertanggungjawab, hormat-menghormati dan menjalankan tugas dengan professional dan cekap. Ketua Pengarah juga menekankan tentang Sifat 5M yang perlu dijauhi iaitu Menipu, Mencuri, Menagih, Maksiat dan Membuli. Beliau juga mengingatkan bahawa tindakan Tatatertib akan diambil kepada mama-mana pelatih yang engkar dan melanggar peraturan dan disiplin.
Ketua Pengarah turut memberi nasihat tentang kemajuan diri dan peluang kerjaya yang sedia ada didalam perkhidmatan Maritim Malaysia. Anggota juga didedahkan dengan perkembangan terkini berkaitan kemajuan serta perolehan aset yang baru di dalam Maritim malaysia
Turut sama menghadiri majlis tersebut ialah Ketua Penguatkuasa Wilayah Timur Laksamana Pertama Maritim Dato €™ Ismail bin Hamzah, Pengarah Pentadbiran dan Kewangan Wilayah Timur Encik Ghani bin Ahmad, Ketua Pengarah Cawangan Pendidikan dan Latihan Kepten Maritim Mohd Aliyas bin Hamdan serta Jurulatih dan Staf Pusat Latihan.
Sumber Yousry bin Yaali
Staf Perhubungan Awam Wilayah Timur
| < Prev | Next > |
|---|
Last Updated (Friday, 20 February 2009 17:54)









