






![]() | Today | 6268 |
![]() | Yesterday | 8854 |
![]() | This Week | 46321 |
![]() | Last Week | 71949 |
![]() | This Month | 85588 |
![]() | Last Month | 352234 |
![]() | All | 1908021 |
Sambutan Hari Maritim Malaysia Di Sabah
KOTA KINABALU - Semperna sambutan Hari Maritim Malaysia ke 4, Maritim Malaysia Wilayah Sabah dan Labuan telah mengadakan program lawatan ke kapal Maritim Malaysia (Ship Open To Visitor) selama 2 hari bermula dari 14 15 Feb 09 jam 10.00 pagi hingga 4.00 petang.
Sebanyak dua buah kapal Maritim Malaysia disediakan untuk lawatan pengunjung iaitu KM BANGGI dan KM BERANI yang berlabuh di Pelabuhan Kota Kinabalu.
Selain daripada membuat lawatan ke kapal aktiviti lain yang disediakan untuk pengunjung ialah pameran kerjaya di atas kapal, pameran Senjata Kecil dan peralatan kapal dan menaiki Bot Rhib.
Pengunjung yang datang disambut dan dibawa ke tempat pameran kerjaya untuk melihat pameran yang disediakan di atas kapal dan seterusnya dibawa membuat lawatan ke bahagian bahagian kapal. Setelah selesai membuat lawatan di kapal pengunjung akan dibawa ke jeti untuk menaiki Bot Rhib dan dibawa di sekitar perairan Kota Kinabalu.
Walaupun program seumpama ini baru pertama kali dilakukan namun mendapat sambutan dari penduduk setempat.
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
Sumber - LK (M) Nong a/k Bawi
Sumber - Staf Perhubungan Awam Wilayah Sabah dan Labuan.
| < Prev | Next > |
|---|
Last Updated (Tuesday, 17 February 2009 16:18)















