18
Sat, May

KM MULIA KEMBALI PERKUKUHKAN OPERASI MARITIM MALAYSIA

JOHOR BAHRU, 16 MEI – Setelah menjalani 'repowering' jentera utama dan 'refit' selama 16 bulan, KM MULIA telah diserahkan kepada Maritim Negeri Johor dalam satu majlis penyerahan yang berlangsung di Jeti Maritim Sungai Pulai, Johor pagi tadi.

Pemangku Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan bin Ibrahim berkata, kejayaan projek 'repowering' jentera utama dan 'refit' ini menunjukkan keprihatinan Kementerian Dalam Negeri (KDN) di bawah pimpinan

Menterinya YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail dalam memastikan aset Agensi sentiasa berada dalam keadaan terbaik dan bersiap siaga menjaga

keselamatan perairan negara.

Jelas beliau, dengan adanya KM MULIA yang akan kembali beroperasi, ia mampu membantu Maritim Malaysia memperkukuhkan lagi pengoperasian Agensi ini seterusnya memastikan Zon Maritim Malaysia (ZMM) khususnya di perairan negeri Johor sentiasa berada dalam keadaan selamat dan sejahtera.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penyerahan KM MULIA Bagi Perolehan Repowering Jentera Utama Dan Refit Maritim Malaysia di sini hari ini.

KM MULIA 4
 
KM MULIA 2
 
KM MULIA 3

 

 

 

 

MARITIM NEGERI MELAKA DAN NEGERI SEMBILAN | OPERASI BERSAMA AADK DAERAH PORT DICKSON

KUALA LINGGI, 16 MEI – Maritim Negeri Melaka dan Negeri Sembilan bersama Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) daerah Port Dickson telah melaksanakan operasi bersepadu pagi tadi.

Menurut Kepten Maritim Haji Mohd Khairi bin Haji Abd Aziz, Pengarah Maritim Negeri Melaka dan Negeri Sembilan berkata, operasi yang melibatkan lapan pegawai dan anggota dari MNMNS dan empat pegawai dari AADK daerah Port Dickson ini bertujuan untuk memberi kesedaran penyalahgunaan dadah khususnya melibatkan komuniti maritim termasuklah nelayan tempatan dan penguasaha bot rekreasi di sekitar perairan Port Dickson.

Maritim Malaysia turut mengambil inisiatif melaksanakan Kempen Kesedaran Keselamatan di Laut dalam memastikan komuniti maritim sentiasa menitikberatkan aspek keselamatan sepanjang melaksanakan aktiviti di laut.

Terima kasih kepada AADK daerah Port Dickson di atas kerjasama ini. Diharapkan ia dapat memberi impak yang positif dalam kalangan komuniti maritim setempat seterusnya mewujudkan generasi yang bebas dadah.

 

OP AADK PD 4   OP AADK PD 3
     
OP AADK PD 2   OP AADK PD

BOT NELAYAN DITAHAN, LANGGAR SYARAT SAH LESEN

KUCHING, 15 MEI – Maritim Negeri Sarawak menahan sebuah bot nelayan tempatan pada jarak kira-kira 4.5 batu nautika Timur, Tanjung PO semalam.

Pengarahnya, Laksamana Pertama Maritim Kamal Ariffin bin Jusoh berkata, pada sekitar jam 11.00 malam, bot ronda Maritim Malaysia semasa rondaan rutin OP PERMAI dan OP TIRIS 3.0 telah mengesan sebuah bot nelayan tempatan yang mencurigakan sedang melakukan aktiviti perikanan di sekitar perairan Kuching.

Hasil pemeriksaan dan penggeledahan mendapati, bot itu dikendalikan oleh seorang tekong bersama lima kru warga tempatan berumur dalam lingkungan 24 hingga 49 tahun.

Kesemua mereka disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985 kerana menjalankan aktiviti menangkap ikan kurang tujuh batu nautika seperti tertera dalam lesen.

Bot bersama kesemua kru termasuk tekong, peralatan perikanan serta hasil tangkapan ikan campur yang dianggarkan seberat 100 kilogram diiring ke jeti KOMTAS untuk siasatan lanjut di bawah Akta Perikanan 1985.

Sebarang aduan, maklumat serta aktiviti yang mencurigakan di laut, orang ramai boleh menghubungi Pusat Operasi Maritim Negeri Sarawak di talian 082-432544 atau MERS 999 untuk maklum balas segera.

 

WhatsApp Image 2024 05 15 at 8.00.15 PM 1
 
WhatsApp Image 2024 05 15 at 8.00.15 PM

UBAH SUAI TANGKI MINYAK, BOT NELAYAN SERTA KRU WARGA LAOS DITAHAN

MERSING, 16 MEI – Zon Maritim Mersing menahan sebuah bot nelayan tempatan pada kedudukan 0.7 batu nautika timur Pulau Mertang pada sekitar jam 2.00 petang semalam.

Pengarah Zon Maritim Mersing, Komander Maritim Suhaizan Saadin berkata, bot nelayan tempatan itu ditahan oleh bot ronda Maritim Malaysia ketika melaksanakan OP JAKSA dan OP TIRIS.

Hasil pemeriksaan mendapati, bot nelayan tempatan itu disyaki melakukan kesalahan melanggar syarat lesen iaitu menambah ruangan dan mengubah suai tangki simpanan minyak bot nelayan mereka.

Hasil pemeriksaan ke atas dokumen pula, tekong bot nelayan itu merupakan warga Laos berumur 46 tahun.

Kes disiasat di bawah Seksyen 8 (b) Akta Perikanan 1985 iaitu melanggar syarat sah lesen seperti yang ditetapkan dalam buku lesen dan Akta Imigresen 1959/63.

Bot serta kru ditahan sebelum dibawa ke jeti awam Mersing sebelum diserahkan kepada kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia untuk tindakan lanjut.

Sebarang aduan dan salah laku jenayah maritim atau sebarang kejadian kecemasan di laut, orang ramai boleh menghubungi Pusat Operasi Maritim Negeri Johor di talian 07-219 9404 atau MERS 999 untuk tindakan segera.

 

MERSING LAOS

BOT NELAYAN TEMPATAN KELAS C DITAHAN MENGGAJIKAN KRU WARGA ASING

PELABUHAN KLANG, 15 MEI – Maritim Negeri Selangor menahan sebuah bot nelayan tempatan kelas C di kedudukan 16 batu nautika barat daya Tanjung Karang, kira-kira pada sekitar jam 1.20 petang semalam.

Pengarahnya, Kepten Maritim Abdul Muhaimin bin Muhammad Salleh berkata, bot nelayan itu ditahan ketika KM DANGA melakukan rondaan rutin penguatkuasaan di sekitar perairan Selangor semalam.

Pemeriksaan awal mendapati bot terbabit dikendalikan oleh seorang tekong bersama tiga kru warga Myanmar berusia dalam lingkungan umur 19 hingga 37.

Kesemua mereka gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri yang sah.

Pemeriksaan lanjut turut mendapati bot berkenaan telah melanggar syarat sah lesen kerana menggunakan kru asing tanpa kebenaran Ketua Pengarah Perikanan Malaysia.

Bot serta kru ditahan dan dibawa ke Jeti Pasukan Polis Marin, Pulau Indah untuk diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Negeri Selangor.

Kes disiasat di bawah Akta Perikanan 1985 kerana melanggar syarat sah lesen iaitu menggajikan pekerja asing tanpa kebenaran Ketua Pengarah Perikanan Malaysia dan Akta Imigresen 1959/63 kerana kru tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah.

Maritim Malaysia akan terus meningkatkan pemantauan dan penguatkuasaan undang-undang di kawasan perairan Malaysia khususnya perairan Selangor.

Sebarang aduan, maklumat dan insiden kecemasan serta aktiviti jenayah di laut orang ramai boleh menyalurkannya ke talian Pusat Operasi Maritim Negeri Selangor di talian 03-31760627 atau MERS 999 untuk maklum balas segera.

 

WhatsApp Image 2024 05 15 at 9.30.26 AM
 
WhatsApp Image 2024 05 15 at 9.30.25 AM

More Articles ...

hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON