|
||
![]() |
AGENSI PENGUATKUASAAN MARITIM MALAYSIA |
|
S1 Bagaimanakah cara saya boleh menyertai APMM J1
Untuk menyertai APMM, permohonan mesti dibuat dengan pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam(SPA).APMM tidak membuat pengambilan secara terus. Pengambilan adalah dibawah tanggungjawab SPA sepenuhnya. Sila layari pautan ini Kerjaya APMM atau berhubung terus dengan pihak SPA di http://www.spa.gov.my S2 Apakah peranan utama APMM? J2 Peranan utama APMM adalah seperti yang terkandung di dalam misi agensi iaitu untuk menjaga dan memelihara keselamatan, keamanan dan kedaulatan negara di Zon Maritim Malaysia serta menyelamat nyawa dan harta benda semasa kecemasan di laut.
S3 Apakah kawasan perairan yang berada di bawah pengawasan APMM? J3Kawasan yang berada di bawah pengawasan APMM adalah di dalam Zon Maritim Malaysia. Sila
klik di sini untuk paparan kawasan perairan Zon Maritim Malaysia S4 Di manakah cawangan-cawangan APMM berada di Semenanjung dan Sabah/Sarawak? J4 APMM mempunyai 5 pejabat Wilayah iaitu di Utara( meliputi Perlis, Kedah, Perak, P. Pinang ), Timur(Pahang, Terengganu, Kelantan), Selatan (Selangor,Johor, Melaka, Negeri Sembilan), Sarawak dan Sabah. APMM juga mempunyai pejabat daerah dan pangkalan-pangkalan di lokasi tertentu di seluruh persisiran pantai Malaysia. S5 Bagaimana untuk menghubungi pejabat Wilayah APMM? J5Cawangan APMM boleh dihubungi mengikut maklumat seperti di berikut, sila klik di sini
S6 Apakah Piagam Pelanggan bagi APMM? J6Sila klik di sini untuk meilhat Piagam Pelanggan APMM
S7 Ada berapa jenis kapal yang dimiliki oleh agensi ini ? J7 APMM mempunyai 10 jenis kapal dan bot iaitu Kelas Marlin, Kelas Sipadan, Kelas Langkawi, Kelas Malawali, Kelas Gagah, Kelas Penggalang, Kelas Peninjau, Kelas Pelindung, Kelas Penyelamat dan Kelas Kilat. S8 Apakah sistem pangkat yang dipakai oleh APMM? J8 Sistem pangkat APMM dikelaskan mengikut jenis pegawai iaitu Laksamana Maritim, Laksamana Madya Maritim, Laksamana Muda Maritim, Laksamana Pertama, Kepten Maritim, Komander Maritim, Leftenan Komander Maritim, Leftenan Maritim, Leftenan Madya Maritim, Leftenan Muda Maritim, Pegawai Waran I, Pegawai Waran II, Bintara Kanan, Bintara Muda, Laskar Kanan, Laskar Kelas I, Laskar Kelas II. S9 Mengapakah APMM ditubuhkan? J9 Sebelum penubuhan APMM, terdapat 8 buah agensi maritim yang melaksanakan penguatkuasaan lebih daripada 100 undang-undang persekutuan, perjanjian dan peraturan. Lapan agensi ini adalah TLDM, TUDM, Polis Marin, KDRM, Jabatan Laut, Jabatan Perikanan, Jabatan Alam Sekitar dan Jabatan Imigresen. Bagi mengatasi pertindihan fungsi, bidang kuasa, kawasan operasi dan pembaziran kegunaan sumber, maka APMM ditubuhkan. Di samping itu, tugas koordinasi penguatkuasaan di laut dapat ditingkatkan.